Sunday, March 17, 2013

Projek tahun 2012

Projek kedua

Projek ketiga
Projek pertama tak jadi sebab tak tumbuh langsung. LOL. Kurang sikit kerja.


Pollination dah habis. Dua-dua selesai. Alhamdulillah. Fuh. Kelegaan yang hanya Allah je yang tahu. Weh lega weh legaaaa.

Yang nombor dua, dah start harvest dah. Rasanya baru je meluahkan perasaan pasal thrips and virus.

Ye memang obvious gila nombor dua dan nombor tiga banyak beza. Tapi bos wa manyak positif woo. "This is for you to learn"

Nombor dua konfem banyak masalah. Memang masalah genetik ke atau tuan dia tak reti jaga. *learning learning*

Salah satunya:


Memang luruh jantung tengok buah banyak camni. Dah la pollination memang tak banyak. Kurang 200. Dahsyat tak dahsyat fungus boleh buat buah ni jadi hampir separuh. Sila insafi diri.

Notes: Fungus tersebut ialah secondary infection. Masalah utama ialah blossom end rot yang berpunca daripada kekurangan kalsium pada tubuh badan pokok. Blossom end rot boleh menyebabkan prematured fruits. 

Dan juga over pruning. Konon fikir kalau daun banyak, nutrient kurang ke buah lantas menyebabkan biji benih kurang bermutu. Nampaknya sudah salah. Saya TERover pruning hingga menyebabkan buah terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan daripada daun.

Notes: Buah sweet pepper ibarat puteri lilin. Tak boleh direct exposure to the sun. Nanti they olss terbakar u.

Satu pelajaran dah dapat.

Disebabkan itu, projek ketiga nampak lagi smart. People learn from mistakes. Thanks Allah for the mistakes I made. Saya banyak belajar.

And I cannot wait for these fruits to be harvested May nanti. Lebih seribu. Sila menangis.




Dan dua projek tahun 2013 sudah disemai CNY haritu.
Objective: Evaluation.
Yey