Friday, May 22, 2015

Sudah enam bulan. Huu.

Last post. 2014. Feb.

Tuptaptuptap. Dah jadi isteri dah. Phewww.

Secara jujurnya, berdebar rasanya bila terfikir-fikir bila nak pindah ke sana. 
Walaupun tak tahu bila.
Tempat baru. Budaya baru. Makanan tak berapa nak baru. Tak pandai bahasa Thai lagi.

Sawaddee ka!

*Masih di CH*
**Serius kopi kat Thailand memang sedap dan murah. Serius serius**

Sunday, February 9, 2014

Cameron Highlands yang kucintaii

Tajuk nak over.
Mula mengenali kepanasan kesejukan CH sejak April 2011
Jadi penduduk pada bulan Jun 2011
Sampai sekarang.
Turun naik CH berjuta kali
Jalan tapah jalan simpang pulai sudah diukur
Kena tipu kenal orang kenal manusia macam mana yang makan suap *ehh
Jungle walk
jog pagi petang segala
Yang memalukan, tidak lagi kudaki gunung brinchang itu
Setakat naik kereta apalaahh sangat
Hehehh
Sampai bila ye duduk sini
Sampai dah jadi bini orang kot.

Sesiapa yang mahu ke CH,
Kalau ikut Simpang Pulai, sila lah berhati-hati dengan kereta yang laju tak hengat dan makhluk-makhluk jalanan
Bukan makhluk halus ye. Makhluk halus tak dapat nak buat apa dah
Disarankan tak payah lah nak naik tengah-tengah malam tu
Kereta laju tak hengat tu, kita bertimbang rasa lah jugak (bersangka baik)
Mungkin ada kecemasan. Mungkin ada benda lain yang kita tak tahu
Maka bagi lah laluan kalau dah tau diri tu drive slow sambil menikmati pemandangan yang indah
Ataupun ke tepi sikit kalau orang nak memotong dari laluan bertentangan
Jalan situ lebar. Jangan risau
Yang penting, jangan panik.
Cewah tetiba bagi tips

Ikut jalan Tapah pulak
Tak payah lah pasang lagu kuat-kuat
Tutup tingkap pulak tu
Sebab kadang-kadang bas atau lori akan bunyikan hon sebelum selekoh sempit
Diorang akan makan jalan
Nak buat camne dah memang jalan camtu

Sekian daripada penduduk sementara CH
:)
Pandangan sendiri: saya suka jalan Tapah sebab tenang, orang tak bawak laju, dan sentiasa ada orang (orang asli)
Daripada Simpang Pulai tu, hutan je manjang selama 30 minit. Hohhhh

^^

Monday, October 7, 2013

sensensentap

Satu pasukan bermakna satu sepakat
Bukannya lari daripada tanggungjawab
Not good not good
Kau buat onar, ada orang yang tersentap
Jangan marah kalau kau rasa dingin layanan kau dapat hari ini
Tak sengaja
Nak berlakon seperti tidak ada apa-apa?
Oh tak mampu dah nak buat
Hati ini dah jadi sedikit tawar hari ini
Mungkin boleh ajar
Itu baru sedikit
Mujur diri bukan jenis sindir-sindir
Sindiran itu permainan orang pengecut
Esok hari, mula hari baru lah kata orang
Jangan risau, aku bukan pemarah, aku bukan pendendam
Bukan selama-lamanya aku nak ajar
Tapi aku pun manusia
Ada masa hati aku terasa
Bukan hati aku ini batu
Calar sedikit tiada kesan
Hati aku ini segumpal darah
Sentuh sedikit boleh juga berdarah

Saturday, September 28, 2013

Masmasmaster.

Selasa lepas ke KLIA lagi hantar adik pulak.
Hantar orang je kerja aku. Harap lepas ni ada rezeki orang hantar aku pulak. Amiinn.
Berfikir untuk sambung belajar.
Umur dah 25. Kerja dah dua tahun.
Masuk bidang baru (breeding) buatkan aku rasa teruja nak sambung belajar
Mahu buat Malaysia UP lagi dalam bidang pertanian
Mahu buat crop yang banyak yang akan berguna untuk manusia
Tak payah nak harapkan import import dan benih-benih luar negara
Kita ada orang. Kita ada ilmu. Kita ada keupayaan. Cuma perlu gerakkan saja InsyaAllah
Jangan sampai satu hari nanti Malaysia tak mampu nak keluarkan sayur sendiri
Hancur.

Tak sabar tunggu inbred lines daripada boss. Test cross itu menarik.

Wednesday, July 31, 2013

Dalam susah ada senang :)

Dalam masa dua tahun bekerja ni, I've been working with many types of people.
Pehh tetiba cakap omputih, exaggerate pulak tu.
Pekerja Bangla, Myanmar, Nepal (ok itu negara ye kak), buat plastic house, buat longkang besar untuk sungai, buat simen, angkut barang berat..
Benar kata orang. Kita kena tengok orang yang susah untuk buat kita rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang ada

Tiap-tiap hari, kami 5 anak dara akan masuk ke dalam kebun yang sejauh hanyalah ~7 km, tapi memakan masa 30 minit. Yes jalan merah banyak batu paling laju 20 km/j. Belum campur lagi kena reverse sejuta kali sebab salah timing masuk kebun. Pekebun lain masuk keluar kebun nak angkut sayur. Jalan hanya ada satu lane.

Dulu-dulu, festaim drive jeep untuk jalan macam tu, senior kata keep right keep right. Berdebar.

Sekarang senior dah blah, sendiri mahu drive lah. Oh ye, ada 2 main drivers di kalangan 5 anak dara. Selang seli drive si Hilux.

Serius lepastu rasa nak masuk aktiviti lasak yang naik kereta besar besar tu. Alah macam iklan "mai secawe"

Intro panjang gila.

Bayangkan pekerja-pekerja kat dalam kebun dalam-dalam tu, nak jalan kaki keluar ke Brinchang boleh makan masa 2 jam.

2 tahun lepas, aku dengan team pernah jalan kaki sejam...sebab tanah runtuh. =______=" Alah waktu tu ada staf lelaki. Balik bilik, rasa nak tercabuuuutt kaki.

Pernah nampak pekerja Myanmar kebun mana entah angkut seguni beras.
Selalu nampak pekerja nak tumpang kereta pekebun mana entah, tapi tak diendah
Sekarang nampak pekerja Indonesia buat simen buat longkang waktu bulan puasa..yes diorang puasa.
Allah..aku ni baru buat kerja evaluation..duduk bangun duduk bangun ambil gambar pokok pun dah mengeluh sakit lutut
Kewangan tersekat sikit 2 3 bulan ni pun boleh buat termenung panjang

Bila rasa penat, rasa tak cukup, rasa susah..senang-senang lah mata itu memerhati keadaan sekeliling, ligatkan akal untuk berfikir, dan penuhkan di hati dengan ucapan Alhamdulillah

Kena selalu tengok apa yang tersirat..the BRIGHT side.

Oh ye, aku membebel ni untuk motivasi diri sendiri. Sebab sekarang rasa sedikit susah. Sebab tu karangan tak disusun indah. Isi berterabur.

Ye sitah..please look at the bright side. This dunya is not perfect. Will not be perfect. Will not.





Saturday, July 20, 2013

Assalamualaikum
Selamat berpuasa.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum ni
Itu harapan aku juga
Tapi biasalah, takde manusia yang takkan teruji, walaupun sedikit
Walaupun tahu itu ujian..mahu menguji hati..tapi hati masih cepat terasa.
Allah.
Nampak sangat aku masih tidak tegar.
Masih boleh terkesan dengan kata-kata manusia yang tak bagi manfaat pun
Padahal antara kita dengan Allah..kita tak berapa nak fikirkan pun
Tettt.

.....

Thursday, June 13, 2013

Tidaklah sentap

Cerita baru
Khabar baru
Cerita baik pulak tu
Sanggup tak bagitahu
Ehhh siapalaaah aku
Ye.
Siapalah aku.


Sentap tetiba pastu terus buat post macam budak remaja ni kenapa? Pehh. T-T