Wednesday, January 23, 2013

cuti indah dirosakkan.

Aku sedang bercuti di rumah
Seminggu
Meninggalkan dua projek penting di kebun
1. Baru lepas pollination. Tengah fruiting stage
2. Set the plants ready utk pollination February nanti.

Betul la kata hati. Kalau rasa tak sedap hati je sebelum balik cuti, mesti ada benda yang tak kena.

Projek kedua dah rosak sikit ketika ketiadaanku.

Worker dan farm manager dah prune male plants aku.
Male plants = pollen donor
Bila dah prune, pollen donor = lesser

Aku nak kata apa kat rumah ni? Nak ngamuk kat siapa? Diam je la dalam hati kata Astaghfirullah banyak-banyak.
Fokus sekarang, bukan nak marah
Fokus sekarang, fikirkan solusi
Solusi untuk jawapan Mr. CEO kalau dia datang
Solusi untuk menaikkan kualiti pollen
Solusi untuk handle management
Arahan A, dapat B. Walau dah  diberitahu berulang kali
I have 900++ female plants
Cukup atau tidak debunga debunga tersebut? Wallahualam
Allah nak uji kesabaran je Sitah. Sikiitt je

ps: masih rasa nak marah lagi. sibuklaaa syaitooon ni.

Sunday, January 13, 2013

blogging and tumblring

hah tudiaa
bila menaip di tumblr, perasaan dia lain
bila menaip di blogger, perasaan dia lain

ye, saya seorang yang pelik.
kadang-kadang A, kadang-kadang B
X)

frozenxen.tumblr.com

Saturday, January 12, 2013

ibu mak mama eomma mae ummi

Mak kita ada seorang je kat dunia ni
(abaikan mak tiri atau mak angkat)

Waktu kecil atau tak mumayyiz atau tak berapa matang, cuba fikir berapa kali kita dah goreskan hati dia?

Dia masih bagi kasih sayang
Takde nak campak kita terkontang-kanting kat tepi jalan

Sekarang dah besar panjang, boleh fikir, dah pegang duit sendiri, dah nak kahwin, dah nak jadi mak, dah nak jadi ayah, takkan mak kita cakap sikit, dah makan dalam sampai ke jantung? Tak nak bercakap sampai 2 3 hari. Dengan kawan, cakap bukan main elok. Dengan mak sendiri, cakap bukan main kasar.
Hahh, kalau tengah susah, pergilah cari kawan yang diagung-agungkan tu.
Itu aku boleh kategorikan sebagai "anak lupa diri"

........................

Sewaktu di sekolah rendah, aku pernah pergi rumah kawan aku yang kematian ibu
Belajar di universiti, aku pernah pergi rumah kawan aku yang kematian ibu
Status bekerja, aku pernah pergi rumah kawan aku yang kematian ibu

Sebak bukan main
Aku turut sama menangis
Dua kali melawat, aku pergi dengan mak aku
Aku amati muka mak aku, Allah, bersyukur masih dapat tengok muka dia tersenyum, ketawa, dengar dia membebel, bercerita, berceloteh, dengar aku berceloteh


Anda semua,
Jangan buang masa untuk marah-marah, rasa tidak puas hati, kecil hati, geram, menyampah, dsb dengan mak sendiri
Sebab kita tak tahu sempat ke tidak kita nak berjenaka, bercerita dan berjasa dengan dia
Jangan sampai ada yang menyesal

Friday, January 4, 2013

kongsi cerita sikit ;)

3 Jan
Rasa tension sangat
Tetiba.
Terus rasa nak balik rumah
Kawan-kawan boleh handle projek sweet pepper. Pass kejap.

4 Jan
Pagi tu balik rumah.
On the way balik dengar ikim. Ustazah Norhafizah Musa tak silap.
Terlepas 30 minit
Mungkin ada pemanggil bercerita tentang suami main kayu tiga
Jawapannya
-mengapa perlu derita sampai macam tu sekali?
-Allah bagi ujian bergantung pada tahap imannya
-lepastu dah tak ingat. hehhh :b
Tapi tapi, yang aku dapat rumuskan dan faham daripada jawapan ustazah..apa yang kita nak dekat dunia ni? Apa matlamat kita?
Beliau ada ajar doa untuk merasakan kelazatan dan mahu melihat wajah Allah. Tapi dah tak ingat camne ayatnya. Nanti check.
Yep. Kenapa perlu terlalu bersedih dengan hal dunia.
Apa apa ujian pun, bergantung pada kau camne nak communicate dengan Allah.
(peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang lupa)

oh ada lagi sebelum tu, ada orang tanya pasal majlis perkahwinan kot.
-jangan jemput orang kaya je. jemputlah anak-anak yatim ke. orang miskin ke. insyaAllah ada keberkatan
-jaga adab kita. eg: cium dahi..err tak berapa manis. hikk. dan bergambar sampai lupa orang sekeliling. nauzubillah. mak cakap, kalau aku kahwin, pergi pejabat agama je. ahaaaahahaaaa T^T aku sambung, lepastu buat majlis kesyukuran. cakap memang senang. nak buat pun senang kot. cakap cakap orang tu kalau rajin boleh amek stapler pergi tutup.
-beliau pesan pada generasi yang dah berumur ni, jangan susahkan anak-anak yang nak kahwin. Jangan bagi diorang fikir perkahwinan perlu macam ni, macam tu. itu ini.

Ada lagi pasal rumahku syurgaku.
Ah tak ingat isi sebab emo dengar jawapan ustazah tentang suami main kayu tiga tu.
Peh. Korang dengar konfem korang emo.

Habis. Ulangan siaran tak tahu bila. Tengah cari ni. Harap harap ada orang upload.

*haihhh. hal dunia memang takkan habis. akhirat yang dituju..apa persediaan kita. Allah :(