Sunday, December 16, 2012

Saya sedang bercuti di alam mimpi.

December
Semua orang bercuti. Alaaah cuti panjang panjang.
Macam macam aku nak buat
Nak terkepit dengan mak
Nak picnic
Nak jungle trekking
Nak jalan-jalan tengok tempat orang
Nak punggah bilik buang mana yang patut
Nak pergi kenduri kawen orang
Nak setelkan itu ini itu ini
.....................
Tapi sekarang aku kat Cameron.
Alaaahhh perkahwinan cili benggala
Alaaahhh projek aku
Alaaahhh takkan nak cuti kalau tu projek sendiri
Alaaahhh terperuk la kau kat gunung ni
Alaaahhh sweet pepper pun macam macam masalah
Alaaahhh virus la. thrips la. pollen tak cukup la. female young bud problem laa
Alaaahhh tetiba kale pollination pun dah mula hari ni

Ok. Emo. Maaf. Lemau. Badan lenguh asyik terbongkok bongkok tengok pokok.

Regards,
Masitah
Owner of sweet pepper. *peeehhhh =B

Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya (al-Baqarah:286)

Peringatan peringatan! =)


P/s: Eh dengar cite housemates I merangkap rakan sekerja I nak jual jagung dari farm kat bawah sebab tokey kata jagung kat Cameron dah banyak. Mungkin boleh ambil kesempatan untuk cuti sekejap Ahad minggu ni. Eh Ahad memang cuti. Ye kerja hari hari sampai lupa hari dan tarikh. Alert alert!

Monday, November 19, 2012

hari hari kerja

Harini percubaan pertama membuat cappuccino. Sangat kelat. Modify sikit. Masih pekat. Tapi masih boleh telan. Hasilnya, kepala pening, fast heartbeat, shaking sikit. Penat..

Hikmahnya, aku tak tidur awal macam selalu. Hari-hari biasa, lepas Isya', tak sampai setengah jam, aku dah menakluki bulan yang indah. Kroooohh

Tabah meneliti insecticides with the class and active ingredients. Susun susun inseciticide utk chemical mixing recipe. [peehh recipe siaaap!]. Request dari Mr. COO kesayangan gara-gara projek penting sweet pepper dah kena virus. Virus..transmitted by vectors..sape lagi..thrips. Thrips, kita musuh sampai bila-bila!

Pening. Ilmu milik Allah ni..aku tahu rasanya tak sampai setitis air lautan pun. Ya Allah, luas sungguh ilmuMu.


Baru aku faham, kenapa orang cakap, kerja private bukannya senang. Banyak kerja. Tapi bila difikirkan balik, benda ni bila lagi kau nak belajar? Ada ke kalau kau kerja senang, company besar, kau nak belajar buat benda ni? SOP, KPI, chemical spraying. Taktau, sila gugel. Taktau sangat-sangat, emel bos and discuss. Hampir semua kau decide sendiri. Bos nak bagi kau belajar. Belajar! Muda lagi. Nak kejar duit je, memang takkan ke mana-mana la.

BELAJAR.

Sampai bila takkan habis. Tapi tu yang buatkan kau jadi orang yang berguna nanti. Tu pun kalau kau aplikasi dan tak kedekut ilmu lah. ;)

Sunday, August 26, 2012

bekerjaya

Sekarang depan aku tersusun dokumen, surat formal, resit, etc..
Bila kau pandang semua ni, kau jangan nak fikir "ohhh i'm still a small girl la"
Duapuluhempat. Masih kecil nombor ni.
Tapi status bekerjaya dan ada komitmen lain menjadikan duapuluhempat seperti tigapuluh
Tanggungjawab kau besar
Besar sangat
Bayar bil. Rekod. Pindah duit. Etc..
Salah percaturan, kau boleh duduk termenung selama satu jam

.....

Berfikir tentang budget
Selama setahun bekerja, budget aku berterabur
Simpanan sikit sangat.
Takde keberkatan? Nauzubillah. Akan diusaha untuk tambah berkat dan fikir balik apa yang tak kena.
Salah belanja kott. Hee :)
Mungkin Allah nak ajar.. ni rasanya kalau tak pandai merancang.
Allah SWT Maha Penyayang. Maha Mengetahui. Semua lah!
Macam macam cara Dia nak ajar

.....

Rumah sewa
Sewa. Bil air. Elektrik. Astro. Streamyx.
DUIT

Bila nak bayar.
Bil tak sampai
Simpan tak bil tu
Kemas rumah. Kemas dapur. Kemas bilik. Cuci bilik air. Blabla
Tu latihan namanya.
Lebih bertanggungjawab. Dan juga bila dah ada rumah dan tangga nanti
Haaa tudiaaaa.



Monday, August 13, 2012

Pollinators

Sekarang ini ada kailan pollination di Farm A
Pagi di B, petang di A
Akan berterusan sehingga hujung bulan ini.
Mujur projek di Farm B tidak banyak
Cuma crop report menunggu untuk disiapkan
Tahu masa perjalanan dari Farm A ke Farm B?
20 minit.
Jalan merah. Batu batu. Seminggu tu mesti ada terhantuk