Wednesday, July 31, 2013

Dalam susah ada senang :)

Dalam masa dua tahun bekerja ni, I've been working with many types of people.
Pehh tetiba cakap omputih, exaggerate pulak tu.
Pekerja Bangla, Myanmar, Nepal (ok itu negara ye kak), buat plastic house, buat longkang besar untuk sungai, buat simen, angkut barang berat..
Benar kata orang. Kita kena tengok orang yang susah untuk buat kita rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang ada

Tiap-tiap hari, kami 5 anak dara akan masuk ke dalam kebun yang sejauh hanyalah ~7 km, tapi memakan masa 30 minit. Yes jalan merah banyak batu paling laju 20 km/j. Belum campur lagi kena reverse sejuta kali sebab salah timing masuk kebun. Pekebun lain masuk keluar kebun nak angkut sayur. Jalan hanya ada satu lane.

Dulu-dulu, festaim drive jeep untuk jalan macam tu, senior kata keep right keep right. Berdebar.

Sekarang senior dah blah, sendiri mahu drive lah. Oh ye, ada 2 main drivers di kalangan 5 anak dara. Selang seli drive si Hilux.

Serius lepastu rasa nak masuk aktiviti lasak yang naik kereta besar besar tu. Alah macam iklan "mai secawe"

Intro panjang gila.

Bayangkan pekerja-pekerja kat dalam kebun dalam-dalam tu, nak jalan kaki keluar ke Brinchang boleh makan masa 2 jam.

2 tahun lepas, aku dengan team pernah jalan kaki sejam...sebab tanah runtuh. =______=" Alah waktu tu ada staf lelaki. Balik bilik, rasa nak tercabuuuutt kaki.

Pernah nampak pekerja Myanmar kebun mana entah angkut seguni beras.
Selalu nampak pekerja nak tumpang kereta pekebun mana entah, tapi tak diendah
Sekarang nampak pekerja Indonesia buat simen buat longkang waktu bulan puasa..yes diorang puasa.
Allah..aku ni baru buat kerja evaluation..duduk bangun duduk bangun ambil gambar pokok pun dah mengeluh sakit lutut
Kewangan tersekat sikit 2 3 bulan ni pun boleh buat termenung panjang

Bila rasa penat, rasa tak cukup, rasa susah..senang-senang lah mata itu memerhati keadaan sekeliling, ligatkan akal untuk berfikir, dan penuhkan di hati dengan ucapan Alhamdulillah

Kena selalu tengok apa yang tersirat..the BRIGHT side.

Oh ye, aku membebel ni untuk motivasi diri sendiri. Sebab sekarang rasa sedikit susah. Sebab tu karangan tak disusun indah. Isi berterabur.

Ye sitah..please look at the bright side. This dunya is not perfect. Will not be perfect. Will not.





2 comments:

  1. yeah, see the bright sight..mmg time susah, slalu divert kn otak utk pk org yg lg susah dari kita, cepat2 akan rasa bersyukur..ex; mengeluh dlm jam, sekali pandang tepi tgk kakak indon berkerut, rantai basikal putus

    ReplyDelete
  2. Betul-betul. Lepas tgk orang rasa susah, rasa bersalah sebab lupa utk bersyukur. :(

    ReplyDelete