Tuesday, April 16, 2013

terlebih makan

Excess nitrogen



Kelihatan seperti terbakar
Chemical burn
Apabila disiasat, terlebih N
Buntu
Kemungkinan pokok akan mati
Buntu lagi
Pokok kelihatan layu tidak bermaya
Tanya yang pakar
Bagi air dengan banyak
Sebab dalam tanah tu masih ada lagi saki baki N
Ataupun gunakan Sodial, sejenis cecair yang akan fight with the sodium
Aku pun taktau camane benda ni boleh berkesan chemically

Hanya risau pokok-pokok itu akan mati
Ah kalau itulah takdirnya..
*ayat novel*

Tuesday, April 9, 2013

serangga dalam kepala

Batuk 2 minggu dah
Pagi Ahad rasa kahak je.
Gerak ke Putrajaya dengan mak lawat si bongsu.
Nak SPM katakan, perhatian lebih sikit. Huuu
Balik tengah malam, fuhhh badan rasa panas
Esok pagi tudiaaaa kepala macam nak pecah
Petang pergi klinik kesihatan, ubat seperti biasa
Telan 3 kali dah ikut arahan, tak hilang hilang sakitnya
Pergi klinik swasta, dimaklumkan blood pressure rendah, sebab kurang air
Itu pasal awak ada sakit kepala
Serius, aku tak pernah sakit kepala yang sangat teruk dua hari berturut-turut
Kawan-kawan, sila jangan cuba
Pastikan air yang diminum mencukupi setiap hari
Jangan cari pasal

Tapi kita orang Islam, sakit-sakit ni kita fikir penghapus dosa
Tu yang buatkan diri ini positif sajee
Sakit-sakit ni, baca buku "Healing with the Medicine of the Prophet"
Buku yang sangat bagus.
Recommended
Untuk sakit kepala, tumbuk inai campur dengan cuka. tapi mak guna air asam jawa
Letak dekat dahi
Memang takde la hilang terus
Tapi lega sebab sejuk

Ada satu ayat yang menggerunkan,
"The fever is a breath of Juhannam's fire"
Termenung kejap

Maka, sejukkanlah dengan air
Demam ni membantu badan untuk menghapuskan kuman-kuman lain
Ada sesetengah doktor lega pesakit diorang demam
Kata buku tu lah :)

Sekarang
Teguk air banyak-banyak, 3L air.
Taruk air zam-zam kat kepala
Ada kurang sikit
Tapi kepala ni macam ada benda tengah main tarik-tarik lagi.
Uuuuu tak sakit [hypnosis]

Saturday, April 6, 2013

trend

Mak: Cantik tengok orang pakai baju peplum. Cuba la.
Saya: Tak nak la. Dah jadi trend. Tak best

Kawan: Beli la hp Samsung.
Saya: Tak nak la. Macam trend je.

Yelah Sitah. Stick with your SE hp. Krooohh. (=,=")

*mahu hp itu tapi yang baru mahu keluar, mungkin harga jatuh, tapi lamanya nak tunggu. ohh mungkin harus beli saja? atau kita gunakan bajet tersebut untuk membeli camera baru?

Tuesday, April 2, 2013

cerita biasa.

Tiga minggu lepas. Selesema
Tak teruk sampai meleleh. Biasa-biasa saja.
Makin ok.
Lepas Kat nikah, minum teh ais.
Uuuu tak tahan. Ipoh panas.
Duduk Cameron memang jarang sentuh ais.
Esoknya batuk. Sedikit. Demi sedikit. Lalu hilang suara.
Hilang suara di kampung mak.
Dua hari.
Balik Cameron, makin ok. Tiada lagi batuk kahak.
Eh tidak.
Masih batuk.
Bak kata rakan serumah, batuk mengada-ngada.
Rasa kering.
Lupa.
Tiada usaha untuk menyembuhkan, hanya mengharapkan hilang dengan sendiri
Mana mahu begitu.
Ok. Malam ni telan ubat batuk.
Eh telan laksa dulu.

Sabtu lalu, pergi karnival di Tanah Rata
Ada pemeriksaan kesihatan percuma
Lepas makan tengah hari, pergi periksa.
Gula 6.7, lagi 0.3 untuk ke 7.0, iaitu disyaki diabetes
Rakan serumah, 7.4, disyaki terus.
Disuruh untuk pemeriksaan hari ini (2 April)
Saya sibuk sekali
Mahu periksa thalassemia
Mak saya pembawa
Sedang sibuk menunggu giliran, ambil bahan bacaan
Kehamilan
Risiko mengandung kali pertama selepas 35 tahun..ada macam-macam
.....
Ok nak nikah tahun ni jugak.
=,=