Monday, November 19, 2012

hari hari kerja

Harini percubaan pertama membuat cappuccino. Sangat kelat. Modify sikit. Masih pekat. Tapi masih boleh telan. Hasilnya, kepala pening, fast heartbeat, shaking sikit. Penat..

Hikmahnya, aku tak tidur awal macam selalu. Hari-hari biasa, lepas Isya', tak sampai setengah jam, aku dah menakluki bulan yang indah. Kroooohh

Tabah meneliti insecticides with the class and active ingredients. Susun susun inseciticide utk chemical mixing recipe. [peehh recipe siaaap!]. Request dari Mr. COO kesayangan gara-gara projek penting sweet pepper dah kena virus. Virus..transmitted by vectors..sape lagi..thrips. Thrips, kita musuh sampai bila-bila!

Pening. Ilmu milik Allah ni..aku tahu rasanya tak sampai setitis air lautan pun. Ya Allah, luas sungguh ilmuMu.


Baru aku faham, kenapa orang cakap, kerja private bukannya senang. Banyak kerja. Tapi bila difikirkan balik, benda ni bila lagi kau nak belajar? Ada ke kalau kau kerja senang, company besar, kau nak belajar buat benda ni? SOP, KPI, chemical spraying. Taktau, sila gugel. Taktau sangat-sangat, emel bos and discuss. Hampir semua kau decide sendiri. Bos nak bagi kau belajar. Belajar! Muda lagi. Nak kejar duit je, memang takkan ke mana-mana la.

BELAJAR.

Sampai bila takkan habis. Tapi tu yang buatkan kau jadi orang yang berguna nanti. Tu pun kalau kau aplikasi dan tak kedekut ilmu lah. ;)